[BM] ASIA CODING CENTRE SDN. BHD. HANYA SEKADAR RAKAN STRATEGIK

Widad Business Group (WBG) melalui salah sebuah anak syarikat kami Wardah Communications Sdn Bhd yang merupakan pemegang saham majoriti di Dataprep Holdings Berhad ingin menegaskan bahawa kami tidak mempunyai sebarang kepentingan secara langsung dengan Asia Coding Centre Sdn. Bhd. selain hanya bertindak sebagai rakan strategik.

Sebuah syarikat bertujuan khas (SPV) di antara Dataprep Holdings Bhd. dan Asia Coding Centre Sdn. Bhd. dikenali sebagai Dataprep Asia Sdn. Bhd. pernah dibentuk sebelum ini dan telah diberikan mandat bagi menjalankan projek “Saringan COVID-19 RT-PCR” oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagaimanapun, selepas pengeluaran surat hasrat (LOI), Kerajaan memutuskan tiada keperluan untuk meneruskan projek berkenaan di atas kemajuan yang dicapai KKM dalam mengawal situasi COVID-19 pada ketika itu.

Justeru tiada lagi sebarang bentuk hubungan secara langsung mahupun tidak langsung di antara kedua-dua entiti baik daripada segi pengurusan dan lain-lain.

PEJABAT KOMUNIKASI KORPORAT, 10th MEI 2023

Widad Business Group